Thursday, July 21, 2022

Menjana Pendapatan dari Pelbagai Sumber

Ramai orang boleh menjawab apakah pekerjaan mereka. Tetapi persoalan akan menjadi lebih rumit untuk dijawab apabila ditanya apakah pekerjaan sambilan mereka.

a) Pekerjaan utama

b) Pekerjaan sampingan

c) Pekerjaan berdasarkan hobi

d) Pekerjaan berdasarkan hobi ke 2

e) Pekerjaan berdasarkan peluang segera

f) dan lain-lain


Ramai memberikan alasan mereka tiada pekerjaan sambil agar mereka boleh fokus kepada pekerjaan yang ada. Tetapi ramai yang tidak menyedari, ramai jutawan menjadi kaya kerana mereka mempunyai lebih satu pekerjaan atau lebih satu sumber pendapatan. Sesetengah pakar motivasi menceritakan seseorang jutawan memerlukan tujuh atau lebih sumber pendapatan. Atau lebih tepat, ramai jutawan menjadi kaya kerana mereka mempunyai pelbagai sumber pendapatan.

Di dalam keadaan ekonomi yang merundum, semakin ramai melakukan dua atau lebih kerja serentak untuk menambah pendapatan. Jika perancangan lebih awal dilakukan, pekerjaan kedua, ketiga dan seterusnya seharusnya membantu kualiti hidup. Sebaliknya, sekiranya pekerjaan sampingan cuba dikekalkan di sepanjang karrier, hanya musibah akan menanti anda. Melakukan pekerjaan sampingan yang sama hanya akan menyebabkan "Diminising return". Sebagai contoh, semasa saya baru menjadi pensyarah, pendapatan pensyarah sampingan adalah RM100 sejam. Selepas 20 tahun, pendapatan pensyarah sampingan masih tetap RM100. Saya memaksa diri berhenti mengajar secara sampingan semenjak 2014. Jadi, tenaga dan masa saya boleh digunakan untuk berehat, memikirkan strategi dan menjana pendapatan lebih tinggi dan berterusan.

Tetapi ramai tidak sedar ciri-ciri di dalam pelbagai sumber pendapatan sampingan.

1. Pelbagai sumber pendapatan bukan bermakna semuanya mesti dilakukan sepanjang masa. Jika anda mempunyai dua pekerjaan yang sentiasa mesti dilakukan sepanjang masa seperti pekerjaan dua shift sehari, anda harus bertanya kepada diri sendiri berapa lamakah anda sanggup bekerja selama dua shift dalam sehari? Setahun? 5 tahun? 10 tahun? sampai pencen? Anda bukan robot. Sila bangun dari tidur.

2. Setiap pendapatan sampingan mempunyai jangka hayat dan kewujudan waktu yang terhad. Oleh itu, sangat penting untuk merancang priority hidup anda. Sesetengah pendapatanan sampingan mempunyai waktu dan tempoh tertentu perlaksanaannya. Jika pendapatan sampingan hanya untuk kerja dua shift di kilang, kesibukan kilang juga bermusim.

3. Setiap pendapatan sampingan mempunyai faktor kesesuaian yang berlainan seperti:

   - seasonal seperti di atas

   - faktor umur: umur semakin tua menyebabkan sesetengah pekerjaan sampingan tidak sesuai, semasa umur muda lebih banyak pilihan pekerjaan berdasarkan tenaga dan masa yang banyak tetapi apabila usia meningkat pekerjaan sampingan berdasarkan pengalaman, ilmu dan masa yang sedikit menjadi keutamaan.

   - faktor keluarga: pekerjaan sampingan akan menyebabkan anda kekurangan masa untuk keluarga. Tetapi pekerjaan sampingan yang flexibel akan memberikan lebih banyak masa untuk keluarga seperti ejen insuran, ejen hartanah dan sebagainya.

   - perubahan ekonomi negara: setengah pekerjaan sampingan tumbuh seperti cendawan apabila ekonomi negara semakin rancak seperti ejen hartanah, ejen permohonan pinjaman, pendidikan dan sebagainya.

   - perubahan polisi negara atau syarikat: sesetengah syarikat tidak mahu terikat dengan pekerja-pekerja tambahan, sebaliknya pekerja kontrak atau separuh masa digunakan. Perubahan polisi negara juga membantu sesuatu pekerjaan akan bertambah peningkatan gaji seperti kemasukan buruh asing, pertumbuhan bidang ICT, semikonduktor dan sebagainya.


4. Pekerjaan sampingan yang mudah bertahan adalah pekerjaan yang berdasarkan minat

   - perkara sukar menjadi mudah kerana minat

   - perkara mudah tapi leceh tetap mudah jika minat

   - hobi yang berterusan sangat bagus jika boleh menjana pendapatan sampingan

   - sesetengah pendapatan sampingan memerlukan perancangan lebih awal atau persediaan awal


5. Senarai pekerjaan-pekerjaan dan pendapatan sampingan yang saya lakukan:

   i. (23 tahun) Pensyarah

  ii. (25) Penulis aturcara

 iii. (22) Consultant 

 iv. (10) Teaching and training part time

      - (stop) university: UTM, UTHM, UMP

      - (6 dan  sekarang jarang-jarang) training for companies: Kriptic Devices, Zal Computer, Kelab komputer sekolah

      - (lebih untuk kerja kebajikan) chess

      - kursus pendek: microcontroller, PLC, visual basic, IC Design 

  v. (8) Mengasaskan dua buah syarikat

 vi. (25) Menyewa rumah sejak 1998

vii. (14) Melabur hartanah melalui pembelian bangunan kedai

viii. (2) Tourist guide

 ix. (14) Palm oil plantation

  x. (5) Manpower supply

11. (15) Service repair

12. (15) Paperwork for tender, grants and operational setup

13. (20) Selling agent such as property, computer

14. (25) Software development

15. (4) Invest: bela lembu 

16. (3) Jual baja dan benih

17. (30) Melabur dalam ASN dan ASB

18. (10) Melabur dalam Bank Rakyat

19. Professional Chess player (4)

Nota: dalam kurungan adalah tempoh masa pelaksanaan, kebanyakan aktiviti bukan berterusan tetapi tempoh tahun aktiviti tersebut masih berlaku.

Semua ini tidak mungkin saya lakukan serentak atau berpanjangan bertahun-tahun. Jadi, rancang pekerjaan sampingan, pelaburan dan hobi anda untuk masa depan.


No comments: