Monday, July 11, 2022

Membeli Hartanah Semasa Usia Muda

 I have to post this since I saw many inquiries in my facebook links.

My response:

Kalau bodoh, kena bertanya dengan sopan supaya boleh menjadi lebih pandai. Kalau sudah awal mengkeji, menghina kepada orang lebih tahu, sampai ke tua le kau tak beli rumah. Ada pun sebijik. Lebih sedih kerja jadi hamba duit. Kita mahu duit jadi hamba kita. Pengiraan ditunjukkan ada kebenarannya tapi kena guna akal. Bukan gunakan hati busuk. 

Pertama, kena kerja kuat semasa muda supaya boleh bersenang lenang selepas umur 50 tahun. Ada cara untuk dapat pendapatan rm3,000 sebulan semasa berumur 22 tahun kalau berusaha, bukan berangan sahaja. Lagi kuat kita berusaha, lagi tinggi pendapatan yang sepatutnya diperolehi. Jika kita kuat berusaha tapi pendapatan tetap sama, anda memilik perlaksanaan yang kurang elok. Sila lihat jawapan saya kepada satu pertanyaan di bawah.

Kedua, kena belajar teknik buat loan bukan berharap kepada ejen atau salesman pemaju. Penjimatan kos sangat penting. Di dalam keadaan ekonomi semakin mencabar terutama recession, permohonan pinjaman semakin sukar diperolehi. Tetapi jika kita tahu apa yang pihak bank lihat ketika menilai permohonan pinjaman, kita lebih bersedia untuk memperbaiki pengurusan kewangan sebelum membuat pinjaman.

Ketiga, kena belajar memahami pasaran sewa, bukan hentam ikut suka. Pasaran sewa penuh cabaran. Setiap masalah mesti ada peluang. Pelbagai persediaan perlu dilakukan sebelum boleh menerima penyewa terutama perjanjian sewa. Ini perkara utama yang diabaikan oleh pemilik rumah dan akan mengundang masalah pada masa hadapan.

Ke 4, kena belajar mengenal-pasti lokasi rumah yang strategik, bukan percaya semua yang salesman cakap. Ramai orang apabila membeli rumah, mereka memikirkan apa yang mereka suka bukan memikirkan apa yang bakal penyewa suka. Di antara dua cara pemikiran ini, memang sukar untuk mempunyai ciri-ciri yang bertindih. Hanya mereka berpengalaman akan nampak dengan jelas. Jika tiada pengalaman, masuk kursus la.

Ke 5, perlu belajar kawal nafsu, bukan sesuka hati berbelanja. Pastikan hidup di bawah paras kemampuan anda untuk mengawal perbelanjaan. Tentukan sasaran jangka pendek dan jangka panjang untuk menabung pelaburan dan hiburan. Rancang perbelanjaan untuk membeli barang keperluan dan bukannya membeli apabila perlu. Pembelian tanpa perancangan menyebabkan kita membeli sedikit-sedikit seperti di 7-11 menyebabkan perbelanjaan lebih tinggi.

I saw a good question from one reader:


Asyiqin Abdullah bagus soalan macam ni. Baru boleh belajar. Ada banyak kerja gaji tinggi kalau rajin berusaha contoh oil and gas. Lepas spm dan kursus kemahiran 2 tahun boleh dapat gaji rm3,500 sebulan. Kerja di Singapura gaji diploma Berumur 22 tahun boleh dapat sing$2,000x3.4 = RM6,800. Buat dua kerja berlainan, satu full time, satu part time contoh programming pun boleh dapat rm3,500. Kerja full time, part time jual burger pun boleh. Macam2 lagi boleh buat sementara masih muda. Gunakan akal, dan bukan tenaga semata2.

Boleh hubungi saya untuk personal coaching. Bukan percuma. Kalau nak free, sila cari sendiri ilmu.


No comments: