Rezeki tidak akan datang menggolek.
Usaha wajib ada.
Tetapi kalau berusaha tanpa ilmu, rezeki di depan mata pun tak nampak.
Saya pernah menerima tawaran membeli restoran berserta kedai, sekitar 2005 berharga RM450,000. Kawasan taman universiti teknologi malaysia. Corner lot. Sudah beroperasi beberapa tahun. Saya selalu juga makan tengahari atau petang di restoran tersebut. Owner perlu berpindah ke Kuala Lumpur mengikut suami.
Pada masa tersebut, berdasarkan pendapatan sedia ada, saya tidak mampu membeli kedai dan perniagaan tersebut. Tetapi kini setelah membeli beberapa buah kedai dan rumah untuk pelaburan, barulah saya sedar rezeki menggolek di depan mata. Saya tidak mempunyai ilmu mencukupi pada masa tersebut untuk merancang pembelian.
Kini kedai tersebut berharga sekitar RM2 juta!
Hari ini walaupun sibuk, saya berjaya membuat lawatan tapak ke sebuah rumah terpakai,
20X70', sederhana rendah, 3 bilik tidur, 1 bilik air, pegangan kekal, Bandar Baru Uda, Jalan Padi, RM315,000.20 meter dari rumah ada taman permainan kanak-kanak. Jadi, tiada masalah parking.
Kedudukan rumah amat strategik kerana Bandar Baru Uda berada di tengah-tengah kawasan samada ke pusat bandar JB, Nusajaya atau ke utara seperti Skudai dan Senai. Di bandar baru Uda juga ada pelbagai shopping complex terutama Angsana. Rata-rata penduduk sudah lebih 25 tahun berada di kawasan tersebut - lokasi matang.
Anggaran sewa rumah tersebut sekitar RM1,000 hingga RM1,200.
Masalah utama, rumah tersebut berada lebih rendah kira-kira 1m dari permukaan jalanraya. Apabila hujan pasti air hujan dari jalanraya akan memasuki laman rumah. Semakin lebat hujan, semakin buruk kemasukan air ke laman rumah.
Ke dua, walaupun lebar rumah boleh memasukkan dua buah kereta, sudut dari permukaan jalanraya ke laman rumah amat curam dan jarak yang pendek menyebabkan kecuramannya tidak boleh dibaiki.
Rumah tersebut juga memerlukan pelaburan yang besar untuk dibaik-pulih terutama untuk membolehkan dua buah kereta diletakkan di dalam laman rumah.
Keputusan: tidak sesuai untuk pelaburan.
No comments:
Post a Comment