Apakah hasil yang anda dapat tambah sepanjang PKP sehingga hari ini?
1. Nenas Sarawak ditanam semasa awal PKP 2020 Mac. Telah berbuah pada awal 2021, sebiji masak sebelum puasa, sebiji masak semasa puasa, dan sebiji masak selepas hari raya
Kurang baja kerana berat hanya sekitar sekilo. Nenas sarawak selalunya lebih 2 kilo.
2. Nenas MD2 banyak ditanam semasa awal PKP Mac 2020, tahun lepas telah menuai dua biji yang ditanam setahun sebelum PKP. Tahun ini tujuh pokok yang ditanam pada awal PKP Mac 2020 telah berbuah. Sepohon berjaya dituai semasa puasa. Sekarang, masih ada 3 pokok masih berbuah. Masih ada lebih 15 pokok nenas MD2 sedang membesar.
3. Pisang Nipah sudah 2X tuai. Alhamdulillah sudah dapat cara mengelak virus moko.
4. Tuai pandan apabila diperlukan. Sudah bertahun2 tidak beli di kedai.
5. Pokok Delima berbunga dan berbuah: sepohon di tanah sudah enam biji buah. Di dalam botol sudah dijumpai formula untuk berbunga lagi sekali sejak 3 Mei 2021. Sekarang ada tujuh bunga, Harap2 kali ini ada bunga yang akan menjadi buah. Selang sehari mesti siram dengan revival potion untuk pastikan bunga2 delima melekat menjadi buah.
6. Pokok delima di tanah sangat sihat dan sudah enam biji berbuah menjadi dan beberapa bunga masih ada. Formula untuk memaksa pokok delima berbuah termasuk mencederakan sedikit pokok tersebut. Baja dan revival potion juga digunakan.
Baru dua biji menjadi buah pada 7 April 2021.
My daughter was very excited!
Buah delima pada 14 April 2021
8. Bendi 5 biji setiap minggu. Semakin banyak pokok baru ditanam.
9. Srawberry daripada 2 pokok beranak sudah ada 10 pokok.
10. Srawberry satu pokok survive hidup tanam seminggu lepas dapat atau dipotong dari induk daripada 20 pokok.
11. Letak baja tanah hitam sawit untuk menstabilkan penumbesaran pokok2.
12. Pembersihan pokok buluh madu.
Beberapa kali rebung buluh telah dituai dan dimasak. Tapi pokok buluh
apabila memjadi banyak mereka menggangu tumbesaran pokok2 sekeling. Ia
menyebabkan pokok pisang kapas mati. Anak pokok pisang juga sukar
membesar dengan sihat. Separuh daripada pokok2 buluh telah ditebang.
Separuh lagi akan ditebang selepas Raya.
13.
Pokok ros sudah ada lebih sepuluh pokok tetapi sentiasa virus menyerang
bunganya. Sedang cuba menggunakan revival potion untuk memastikan putik
bunga berkembang dan baja tanah hitam sawit agar bunga sihat.
14. Jual daun kunyit, RM25 360gm. Tetiba ada permintaan sempena Hari Raya.
15. Baiki pokok2 kunyit, ada 17 botol + 4 batang di tanah
16. Tuai jambu madu (air). Tahun lepas pokok jambu madu berbuah pertama kali. Awal tahun ini, ia berbuah untuk kali ke 3. Tahun ini lebih lebat berbanding sebelum ini. Oleh itu, baja tanah hitam sawit diletakkan di sekeliling pokok. Tetapi buah2 jambu madu banyak diserang oleh serangga menyebabkan busuk di dalam.
17. Tuai serai 15 batang gemuk2, masih
ada lebih 30 batang gemuk2 tidak termasuk anak2 serai. Bermula tahun
lepas, tidak lagi membeli serai di kedai.
18. Anak pisang berangan semakin sihat, Ada 5 pokok. 5 pokok lagi sedang dipulihkan.
Pokok pisang berangan pada 12 April 2021
19.
Pisang berangan di depan telah dituai semasa puasa, pembersihan dilakukan agar hanya anak
pokok yang sihat dibenarkan terus hidup. Anak pokok yang tidak sihat
dibuang.
20. Pisang nangka dituai. Anak hanya satu hidup tapi
menggunakan revival potion berjaya membuatkan empat batang anak pisang
nangka tumbuh sihat. Jumlah lima anak pokok.
21. Minum misai kucing semasa puasa membaiki buah pinggang, seminggu sekali
22. Minum belalai gajah semasa puasa membaiki aliran darah, seminggu sekali
23. Bulan puasa terlupa dan tidak sempat langsung nak minum ubat kolesterol dari herba.
24. Campur minuman dengan spear mint atau apple mint untuk lebih berselera dan membantu tidur
25. Campuran minuman dengan daun oregano untuk melegakan batuk dan sesak nafas.
26. Menghasilkan baja revival potion khas untuk memulihkan pokok dan menggalakkan pokok berbuah, sudah 3 botol (1L setiap satu) dihasilkan
27. Menanam pokok bunga telang, sudah lebih 20 batang ditanam, lebih 12 batang sudah berbunga dan berbuah. Tempat khas pokok2 bunga telang melilit telah dijumpai. Batang dan dahan buluh juga digunakan.
28. Menjumpai teknik terbaik memastikan pokok2 tidak mati dan tetap sihat semasa cuaca panas.
29. Sepohon anak pokok durian musang king dan tiga durian IOI berjaya disemai pada tahun lepas. Masih sihat.
30.
Tahun lepas tiga pohon belimbing besi yang telah ditut telah dibeli
oleh pelanggan di UTM. Tetapi dua orang gagal menanam pokok ditut
sementara seorang lagi berjaya menanamnya sehingga berbuah. Oleh itu,
usaha menanam belimbing besi dari biji telah dilakukan. Enam anak pokok
belimbing besi berjaya disemai dari biji. Dua telah dipindahkan ke botol
sendirian dan sihat.
31. Enam pokok anggur berjaya diselamatkan menggunakan revival potion akibat musim panas. Menunggu masa sesuai untuk dialihkan ke tanah.
32. Pokok limau Mandarin hidup sihat di dalam botol 10L.
33. 6 anak pokok betik berjaya di tanam di dalam botol bersendirian. 3 amat sihat di dalam pasu. Beberapa anak pokok masih belum dialih. Tanah di luar tembok bermasalah dengan anai-anai menyebabkan pokok betik dan limau purut yang ditanam merana tidak sihat. Sedang diusahakan cara2 membunuh anai2.
34. Dua anak pisang lemak manis berjaya diselamatkan menggunakan revival potion. Baja tambahan sedang diusahakan menggunakan baja tahi kambing yang diproses sendiri.
35. Pokok durian IOI yang ditanam di tanah berjaya diselamatkan dengan meletakkan baja tanah hitm kelapa sawit dan menggunakan revival potion. Daun pokok durian semakin cantik.
36. Buang pokok cincau hijau. Selepas membuat air cincau hijau beberapa kali, hasilnya tidak mengalakkan. Fokus pada pokok cincau hitam.
37. Banyak pokok asparagus mati ketika cuaca panas. Sekarang tinggal lima botol. Sebotol dapat tumbuh dengan sihat dan gemuk. Usaha pemulihan sedang berjalan menggunakan revival potion.
38. Pokok bunga butang ditanam beberapa kali. Setiap kali tanam di tanah, dimakan oleh siput BABI. Beberapa pokok di dalam botal masih selamat. Pokok bunga butang ini penting untuk koloni kelulut.
39. Dua sarang kelulut dibeli pada Ogos 2020. Sekarang tinggal satu koloni sahaja. Madu kelulut telah dituai sekali. Madu dituai sendiri amat seronok diminum.
40. Empat pokok cili berjaya ditanam pada tahun lepas dan berbuah sebelum Hari Raya. Beberapa biji lada cili telah menjadi merah. Generasi berikutnya akan dibiakkan.
41. Sawi raja berjaya dipulihkan dan ditanam di dalam polisteren 2' X 3'. Ada lapan batang pokok yang telah tumbuh. Boleh dibiakkan lagi di dalam bekas lain.
42. Tahun lepas, anak pokok pisang tanduk yang terakhir telah mati. Alhamdulillah, minggu ini selepas pembersihan terdapat sepohon anak pisang tanduk tumbuh dari batang induk yang telah dituai pada tahun lepas.
43. Pemulihan pokok durian belanda. Daun sentiasa pucat dan daun tidak banyak. Dengan menggunakan revival potion, daun semakin lebat dan warna menjadi hijau pekat. Banyak juga daun baru tumbuh di batang pokok.
44. Pokok limau bali berbunga pada awal Mac 2021. Kelihatan bunga telah menjadi putik buah. Malangnya tiada putik buah berjaya kekal membesar disebabkan tanah yang kurang baja.
45. Kelapa pandan dan mataq semakin gemuk dan tinggi. Harap2 tahun ini akan berbuah.
46. Letak tahi kambing pada penhujung April 2021: limau bali, pokok tin, nenas, durian, bendi, ros, jambu batu, jambu air, belimbing, pisang dan lain2. Daun2 pokok menjadi lebih segar, lebar dan panjang.
No comments:
Post a Comment