Friday, August 12, 2022

Perbezaan Asset dan Pelaburan

Semasa saya mengajar kelas pelaburan hartanah beberapa tahun lalu, beberapa peserta bertanya adakah saya banyak menyimpan emas. Emas tidak memberikan pulangan yang tinggi, Jadi saya cuma menyimpan sedikit emas. Saya lebih suka membuat pelaburan hartanah. Dengan modal yang sama, pelaburan hartanah memberikan pulangan yang lebih tinggi jika dipilih dan diurus dengan baik. Tetapi pelaburan hartanah memerlukan komitmen yang lama berbanding emas.

Ramai orang keliru apa beza simpanan emas dan pelaburan hartanah. Para pelabur menyimpan emas untuk perlindungan (hedge) dan bukan untuk pertumbuhan. Emas mempunyai kecairan nilai yang tinggi berbanding hartanah yang memerlukan masa tinggi untuk dicairkan. Jika pendapatan kita bergantung sepenuhnya dengan perniagaan, lebih elok menyimpan banyak emas dan sedikit hartanah. Jika pendapatan perniagaan bertambah stabil, boleh menambah pelaburan hartanah.

 


Beli asset apa3 pun bagus seperti emas, perak, tanah, rumah dan sebagainya. Tapi asset cuma menyimpan nilai.  Istilah finance: hedge. Asset bukan mengembangkan atau menambah nilai. Jadi pulangan nilai tak tinggi dalam keadaan normal. Ia bergerak naik mengikut inflasi. Masalahnya kekadang keadaan tak normal macam inflasi sekarang ni boleh menyebabkan asset susut nilainya seperti emas!

Untuk memastikn asset2 tersebut memberikan tambahan nilai tinggi, mereka harus diurus-niagakan atau orang melayu cakap kena diusahakan daripada dibiarkan terpendam contohnya macam tanah pusaka. Ramai orang suka apabila dapat tanah pusaka tetapi berapa ramai yang bersungguh-sungguh mengusahakan tanah pusaka tersebut hingga mampu membeli tanah lain. Kalau dipendam asset tersebut lama-lama pun tak bagus. Ramai waris memilih untuk menjual tanah pusaka yang diterima. 

Untuk menjana pendapatan daripada asset yang kita ada perlukan kepakaran dan pengalaman. Kalau baru sekali-dua buat kurang berjaya, tak boleh kecewa. Kena cuba lagi, lagi dan lagi hingga berjaya. Rumah sewa saya yang pertama dibeli di Pasir Gudang dengan bayaran bank RM800 sebulan. Semasa mula2 disewakan, rumah tersebut hanya boleh disewakan sebanyak RM400 selepas tahun 2000. Saya habis bayar rumah tersebut pada tahun 2012. Dan hampir tiap2 bulan sekarang boleh menjana pendapatan sebanyak RM800 sebulan sebelum ditolak cukai tanah, pintu, baik-pulih dan sebagainya. 

Dulu saya kerja kilang, tokeh kilang cerita dia adik-beradik berniaga 11 jenis perniagaan, baru berjaya menjadi jutawan. Keluarga mereka pernah jadi keluarga ke 11 terkaya di Singapura semasa saya bekerja dengan mereka dari 1995 hingga 1997. Dalam kitab-kitab lama pun ada ditulis kisah2 orang arab simpan asset2 dan tidak digunakan atau diniagakan, lama-lama asset tersebut hilang nilai atau hilang terus! Kita yang banyak akal kena la rajin fikir-fikirkan apa boleh dibuat untuk jana banyak pendapatan daripada asset2 yang ada. Jika tidak ada idea, boleh menghadiri kursus-kursus pelaburan dan perniagaan oleh mereka yang telah berjaya, dan bukan guru-guru skim cepat kaya!

Orang berpelajaran tak tinggi memang tak tahu macam mana nak fikir jana income pasal mereka pun tak ada asset langsung! Berniaga warung atau tepi jalan, atau MLM pun tak ke mana tapi cukup untuk hidup. Tetapi saya telah menemui mereka yang kurang pendidikan tetapi berjaya mengembangkan asset pelaburan hartanah mereka hingga berjaya tergolong dalam kelompok T20!

Setiap asset yang ada mesti mempunyai cara tersendiri untuk dikembangkan mengikut citarasa masing-masing. Contohnya geng2 ayah saya semasa muda, ramai membeli tanah. Ayah saya cuma suka menanam dusun. Dulu hasil dusun memang rancak tetapi apabila usia meningkat, amat sukar untuk mengusahakan dusun-dusun tersebut. Tapi kekawan ayah saya, ramai yang menanam kelapa sawit. Saya masih ingat lagi, semasa sekolah rendah, ayah saya sudah membeli semua tanah dan menanam dusun, sementara kawan baik dia yang mempunyai anak berada dalam satu kelas dengan saya tapi bapa dia lebih suka menanam kelapa sawit. Masa tu bapanya baru ada 10 ekar tanah. Selepas kawan ayah saya meninggal, arwah bapa dia ada lebih 30 ekar tanah kelapa sawit. Bahagi adik beradik 5 orang, banyak juga tu dapat.

Kesimpulannya, bagus jika kita menambah asset, tapi lagi bagus jika asset yang disimpan dapat dikembangkan untuk memberikan nilai pulangan yang maksimum.

No comments: