Monday, August 16, 2021

Kelapa Pandan Berbuah Pertama Kali

Pokok kelapa pandan ditanam di belakang rumah sejak bulan Mei 2016. Saya menanam kelapa pandan untuk memastikan buah kelapa boleh diperolehi sejak paras yang rendah. Sehingga kini, pokok kelapa tersebut masih belum berbuah walaupun sihat.

 
Disebabkan kawasan rumah kurang subur, ukurlilit pokok kelapa pandan di belakang rumah dalam cm adalah seperti di bawah. Garam kasar selalu ditabur setiap 3 bulan.
 

Pokok kelapa mataq di tanam sejak Mac 2017 tumbuh dengan sihat. Warna daun dan batang pokok kelapa mataq kelihatan kekuningan sedikit berbanding dengan pokok kelapa pandan.

Ukurlilit batang pokok kelapa mataq kelihatan lebih besar daripada kedua-dua pokok kelapa pandan belakang dan depan. Berdasarkan saiz, pokok kelapa mataq lebih subur di dalam kawasan rumah yang kurang mempunyai nutrien. Selain garam, saya meletakkan arang dan abu kayu di pangkal pokok.

Pokok kelapa pandan di hadapan rumah ditanam pada sejak bulan Mei 2016. Pokok kelapa ini bersebelahan dengan pokok kelapa kipas dan pokok semambu (Neem) di hadapan rumah yang ditanam oleh pemaju.



Ukurlilit pokok kelapa ini juga agak sederhana. Selain garam, saya letakkan juga arang dan abu kayu. Setiap kali selepas barbique, saya akan meletakkan sisa arang dan abu di pangkal pokok kelapa.
 


 

Pokok kelapa pandan di hadapan rumah telah mula berbunga untuk pertama kali hari ini 13 Ogos 2021. Walaupun tiada kelihatan putik buah kelapa, saya tetap sangat berpuas hati melihat mayang telah mengeluarkan seludang bunga.


Mayang kelihatan keluar satu meter dari tanah.

 

Serangga mula kelihatan mengelilingi seludang bunga.


 
Satu mayang masih lagi terkatup seperti di dalam kawasan garis biru. Seludang bunga kelapa amat digemari oleh kelulut, lebah dan penyegat untuk dikumpul madunya.

 
Selain arang dan abu dibakar, saya juga menggunakan baja tanah kelapa sawit dipangkal pokok dan revival potion di pelepah dan batang pokok kelapa pandan. Saya perlu lebih kerap meletakkan baja tanah kelapa sawit dipangkal pokok kelapa pandan agar pokok lebih sihat dan subur.


 


No comments: