Monday, June 29, 2020

Berkebun Dalam Bandar Tanpa Tanah yang Luas

Rumah saya merupakan sebuah rumah di sudut tepi atau corner lot. Tapi tanahnya tidak subur disebabkan pelbagai sisa bahan binaan ditanam di dalamnya. Tanahnya juga mudah air bertakung apabila hujan turun walaupun seketika. Ia menyebabkan banyak tanaman saya mati seperti durian manthong, durian belanda, nenas Sarawak, nenas MD2, pokok pisang terbantut dan sebagainya.

Selepas berusaha menanam pelbagai tanaman, akhirnya saya berusaha menanam pelbagai tanaman di dalam botol minyak 5L, 3L dan botol air 1.5L. Berikut hasilnya:

1. nenas MD2 sudah berbuah pokok ke 4,


    Sudah dua minggu nenas berbuah di dalam botol 5L.

2. bendi berbuah + nenas MD2,






3. Apple mint,

Daun dan batang lebih sihat apabila ditanam dalam bekas 5L. 

4. kunyit


Keluarga saya gemar mencampurkan daun kunyit ke dalam pelbagai masakan. Sangat sedap. 

5. Bendi


5. halia dll.

Saya juga tidak perlu kuathir jika saya tiada di rumah selama 5 hari atau lebih. Selamat mencuba berkebun dalam bandar.

No comments: