Sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha, saya ingin mengajak para pembaca untuk mengenang kembali perjalanan hidup yang telah dilalui. Apakah kita benar-benar ingin mencapai matlamat bebas kewangan melalui pelaburan kewangan? Jika ya, apakah tindakan-tindakan yang telah diambil untuk mencapai matlamat tersebut? Adakah cukup dengan hanya membaca maka matlamat kita akan tercapai? Apakah laluan yang dipilih terlalu selamat, ringan dan selesa?
Jika jawapan kepada semua persoalan tersebut adalah ya, ini bermakna kita belum benar-benar memahami konsep pengorbanan yang cuba disampaikan oleh nabi Ibrahim. Hari Raya korban disambut bukan sahaja untuk mengimbas kembali pengorbanan nabi Ibrahim dan memberi hasil korban kepada orang ramai. Percubaan nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya nabi Ismail bukan sesuatu yang mudah dan boleh dilakukan oleh sebarangan manusia.
Menceburi bidang pelaburan hartanah juga memerlukan pengorbanan yang bukan mudah atau sedikit. Kita terpaksa menahan nafsu dari memiliki kemewahan dengan segera. Pelbagai perbelanjaan kehidupan mungkin terpaksa ditangguh sehingga kita benar-benar mampu memiliki iaitu pemilikan kemewahan tersebut tidak akan membantutkan perancangan dan pelaksanaan pelaburan. Sesetengah manusia menyedari perkara ini tanpa dikejutkan oleh para alim ulama. Mereka sanggup hanya menaiki motosikal berulang-alik ke tempat kerja semata-mata untuk mengumpul wang pelaburan, makan dan minum hanya yang disediakan di rumah, atau memiliki peralatan berdasarkan keperluan hidup atau mati daripada untuk keselesaan semata-mata.
Pelaburan hartanah bukan seperti perjudian yang mengharapkan hasil yang besar dengan usaha yang sedikit di dalam sekelip mata. Ia memerlukan pengorbanan yang berterusan sehingga matlamat pelaburan telah tercapai.
Akhir kata, selamat menyambut Hari Raya Korban 1435 Hijrah.
Sertai pasukan kami mempelajari dan merangka strategi pelaburan hartanah mengikut keupayaan masing-masing di dalam Seminar Pelaburan Hartanah Mampu pada 8 Nov. 2014 di UTM Skudai, Johor.
Tempat terhad dan anda hanya perlu membayar RM50 untuk tempahan agar kami boleh menyediakan bahan pengajaran, makanan dan minuman.
No comments:
Post a Comment