Para graduan harus sedar penguasaan bahasa Inggeris bukan sahaja penting untuk mereka bekerja tetapi untuk mengembangkan minda mereka semasa dan selepas tamat belajar di universiti. Kebanyakkan ilmu, coretan dan nukilan yang berharga untuk mengembangkan minda berkaitan isu-isu semasa atau jangka panjang (seperti pelaburan hartanah) ditulis di dalam bahasa Inggeris.
Penguasaan bahasa selain bahasa ibunda juga dapat membentuk minda agar sentiasa berfikir dan bukan menghafal semata-mata. Tidakkah kita berasa pelik mengapa al-Quran diturunkan di dalam bahasa Arab? Tidakkah kita berasa pelik mengapa rukun-rukun penting di dalam sembahyang dan sesetengah ibadat dimestikan di dalam bahasa Arab? Jawapannya ada di dalam surah Yassin. Jika kita rajin membaca terjemahannya kita akan dapat menjumpa sebuah ayat di mana Allah menerangkan mengapa Al-Quran bukan diturunkan di dalam bahasa ibunda kita.
Al-Quran juga mencabar manusia agar memerhatikan alam persekitaran dan cuba mencapai sesuatu yang kelihatan mustahil. Adakah kita mampu mencapainya? Tidak, jika kita hanya menggunakan penglihatan dan kekuatan tenaga sahaja. Namun jika kita menggunakan kekuatan akal fikiran, kita akan mampu mencapai sesuatu yang kelihatan mustahil kecuali mereka yang menggunakan akalnya.
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/09/02/muhyiddin-yassin-english-must-pass-subject-at-public-universities/
Ramai graduan universiti mempunyai falsafah pendidikan yang salah apabila menyangka pendidikan mereka berakhir setelah tamat belajar ijazah di universiti. Mereka seharusnya memperolehi kunci pendidikan jangka panjang iaitu penguasaan bahasa. Berdasarkan perkembangan ekonomi dunia, selain bahasa Inggeris dan Arab, para graduan universiti juga harus digalakkan mempelajari bahasa Mandarin!
No comments:
Post a Comment