Seminggu yang lalu, saya baru berkesempatan membaca surat terbuka Siti Hajar Aladin kepada Perdana Menteri Malaysia. Di antara
isi kandungan yang menarik perhatian adalah masalah kenaikan kos
kehidupan, gaji yang rendah dan peluang membeli rumah sebagai pelaburan. Saya terpanggil untuk menulis artikel ini memandangkan tiada balasan surat beliau daripada pihak Perdana Menteri Malaysia (kalau ada balasan secara peribadi, itu di luar pengetahuan saya) dan tidak ada sebarang pihak yang cuba memberikan nasihat yang bernas kepada Siti Hajar. Sebaliknya lebih ramai orang yang bersorak dan bertempik kerana surat terbuka tersebut. Ramai yang terbantut pemikirannya dan hanya menerima bulat-bulat yang disebarkan.
Pemikiran yang ditunjukkan oleh beliau merupakan pemikiran yang dimiliki oleh majoriti masyarakat Melayu dan mereka yang tamat pendidikan pengajian tinggi. Ramai dari kalangan mereka yang beranggapan pemilikan ijazah akan memberikan kekayaan dan kemewahan di dalam hidup mereka. Namun mereka lupa bahawa pendidikan yang diterima di peringkat pengajian tinggi tidak mengajar mereka bagaimana menjadi
jutawan. Jika terdapat para pensyarah mengajar matapelajaran tersebut, mereka
orang pertama akan berhenti dari mengajar kerana telah mengetahui rahsia
membina kekayaan! Pendidikan di sekolah dan universiti dibentuk untuk membolehkan mereka berkhidmat
kepada majikan. Oleh itu, untuk membina kekayaan, lepasan ijazah harus belajar
daripada mereka yang telah berjaya membina kekayaan, menghadiri seminar, rajin
membaca dan membentuk pemikiran bijak kewangan.
Untuk menjawab perkara pertama, anda boleh baca artikel saya yang lalu iaitu:
1. Personal Finance and Investment
2. Property Investment Growth - value added house and shop
Terdapat 4 faktor utama yang menyebabkan kenaikan kos kehidupan. Dua
di bawah kawalan kerajaan dan dua lagi di dalam kawalan mafia
antarabangsa. Namun, ke empat-empat faktor ini boleh anda atasi jika
anda memahami bagaimana 4 perkara tersebut bekerja. Sebelum tahun
1980an, bilangan kaum wanita Islam yang memakai tudang amat kecil. Ramai
juga yang diperlekehkan apabila bertudung. Tiada arahan daripada
kerjaan, JAKIM atau pejabat agama negeri mewajibkan wanita bertudung.
Tetapi kini lebih ramai wanita yang bertudung berbanding dengan yang
tidak bertudung. Perubahan ini dinamakan pergerakan undercurrent.
Kesedaran dan kehendak dari orangramai tanpa arahan kerajaan mampu
mengubah masa depan.
Untuk menjawab perkara kedua dan ketiga, mereka harus membaca pantun di bawah:
Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.
Jika
anda memahami pesanan orang-orang tua di dalam pantun di atas, anda
mesti faham kenapa gaji yang anda terima adalah rendah walaupun
mempunyai ijazah. Saya mempunyai kenalan hanya berkelulusan SPM tetapi
mempunyai gaji RM3,500 sebulan. Para pelajar saya pula rata-rata
menerima gaji lebih RM3,000 sebulan walaupun baru tamat pengajian
ijazah. Saya juga mempunyai kenalan yang berpendidikan setakat SRP tetapi mampu membina rumah besar, memiliki kereta Mercedes dan perniagaan yang bertambah maju. Jadi, anda harus berfikir, di manakah kesilapan anda. Memang mudah menyalahkan pihak lain daripada menyalahkan diri sendiri. Jalan utama ke arah pembaikan diri adalah dengan mengenal-pasti kelemahan diri dan diikuti dengan langkah-langkah untuk memperbaiki atau mengatasi kelemahan tersebut. Tanpa mengenal-pasti punca penyakit, seseorang doktor tidak akan dapat memberikan rawatan yang tepat.
Pendapatan Siti Hajar Aladin adalah seperti berikut:
Saya harus memuji Siti Hajar Aladin kerana mempunyai kesedaran pembelian rumah
merupakan satu pelaburan masa hadapan. Saya juga memuji beliau kerana memperuntukkan sejumlah wang kepada ibubapanya setiap bulan (hampir 10% pendapatannya) samada mereka memerlukannya atau tidak. Ini merupakan salah satu langkah tepat di dalam pembinaan kekayaan. Mungkin ramai yang tertanya mengapa atau tidak bersetuju. Hanya mereka yang telah mengetahui rahsianya yang akan memahaminya.
Terdapat beberapa kelemahan di
dalam perancangan perbelanjaan Siti Hajar Aladin. Salah satu tips yang boleh saya
berikan adalah sebenarnya beliau berupaya membuat pinjaman di antara
RM160,000 hingga RM210,000 untuk bayaran bulanan sebanyak RM800 hingga
RM1026 sebulan. Dan pembayaran bulanan ini boleh dipertingkatkan
bergantung kepada kemampuan beliau merancang dan melaksanakannya. Di dalam perancangan tersebut, beliau juga terlupa untuk memasukkan peruntukkan derma dan pelaburan. Bagi orang lelaki, sudah menjadi kebiasaan bagi mereka untuk menderma pada setiap hari Jumaat selepas atau sebelum menunaikan sembahyang Jumaat. Tetapi bagi orang perempuan, dana derma juga perlu disediakan untuk pihak yang kurang bernasib baik. Pelaburan MESTI dilakukan setiap bulan samada kecil atau besar. Tetapi adalah lebih elok jika pelaburan tersebut di dalam satu jumlah yang tetap. Jika mampu, contohnya setiap kali mendapat bonus, pelaburan yang lebih besar boleh dilakukan.
Ramai akan mengatakan saya mengarut! Tetapi berikut adalah nasihat dan perancangan yang telah dilakukan oleh seseorang yang mendapat bimbingan saya. Pelbagai perancangan telah saya sediakan dan akhirnya dia melakukan
langkah paling berani dengan membeli hartanah pada keupayaan maksimum
memandangkan umurnya masih muda.
Gaji: RM2,200
Rumah dibeli: RM430,000
Jenis Rumah: Kluster 2 tingkat
Saiz rumah: 24' X 70', tanah 35' X 70'.
Bayaran Bank sebulan: RM1,800
Bimbingan saya ini berani melakukan pembelian ini setelah melakukan pelbagai analisa dan bukannya pakai tangkap muat atau bidan terjun. Dia amat mempercayai pantun di atas dan juga nasihat-nasihat berikut:
Adakah anda seseorang yang tergolong dikalangan mereka yang seperti Pak Kaduk,
Menang sorak,
Kampung tergadai
Atau:
Hendak, seribu daya,
Tak hendak, seribu dalih.
Akhir kata,
Tepuk dada,
Tanya mereka yang berjaya!
1 comment:
Post a Comment