Saturday, February 20, 2021

Penggunaan Tanah Hitam Sawit

Tiga minggu lepas akhirnya saya berjaya memperolehi bekalan tanah hitam sawit dengan banyak sehingga lori datang ke hadapan rumah untuk menghantar bekalan. Selama ini saya membeli hanya dua atau tiga kampit sahaja. Apabila melihat hasil tanaman yang mengalakkan, saya memutuskan untuk membeli dengan banyak.

Lebih dua bulan menunggu bekalan. Satu bag seberat 20kg.


Kualiti baja yang bagus, dan organik. Ini adalah mendapan sisa kelapa sawit dari kolam sawit (palm oil effluent boiler).



Tanahnya gembur dan mudah dialihkan











Separuh dijualkan kepada rakan-rakan agro UTM yang menanam menggunakan baja organik.

Satu bag penuh boleh digunakan untuk sepohon kayu seperti durian belanda, durian, belimbing besi dan lain-lain. Untuk sayur2an, boleh menggunakan satu atau dua senduk sahaja.


Tiga pokok nenas Sarawak dari kiri sudah berbuah. Kanan sekali nenas MD2.


Nenas MD2.

Selamat mencuba!