Thursday, August 4, 2022

Mulakan Pelaburan dari Langkah Kecil dan Mudah

Pantun dan seloka orang-orang tua bukan sahaja indah tetapi memberikan pelbagai pengajaran. Berikut beberapa pantun dan seloka lama yang sering bermain di dalam kepala saya dan menjadi pegangan hidup saya (falsafah hidup)

Pertama:

Berakit-rakit ke hulu,

Berenang-renang ke tepian,

Bersakit-sakit dahulu,

Bersenang-senang kemudian.


Melakukan pelaburan skim cepat kaya lebih mudah daripada melakukan pelaburan sebenar. Jika tawaran pulangan pelaburan kelihatan amat tinggi dan mudah, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Setiap pelaburan yang saya lakukan memerlukan penelitian yang lama dan dari pelbagai sudut. Kini saya bukan sahaja berfikir di dalam kepala tetapi mencatatkan pengiraan pelaburan yang akan dilakukan di dalam spreadsheet komputer atau di dalam talian Internet.


Kedua:

Kalau tak dipecahkan ruyung, 

Macam mana nak dapat sagunya.


Keperluan kewangan setiap bulan kelihatan sentiasa setakat cukup untuk hidup tetapi adakah benar kita sudah mengikat perut untuk melabur? Setiap kali saya ingin membuat pelaburan hartanah, saya akan merancang untuk menyekat perbelanjaan tidak perlu seperti melancong atau jamuan mewah untuk beberapa tahun. Saya juga mencegah diri daripada membeli kenderaan baru walaupun pinjaman kereta sedia ada telah habis dibayar. Saya juga melakukan kerja-kerja sampingan untuk menambah modal pelaburan.

Apabila pelaburan hartanah saya berhasil memberikan pulangan yang tinggi dan tetap, baru saya boleh berangan untuk membeli sebuah BMW 5 series!

 

Dapat beli sebuah rumah corner lot lebih seronok dan menguntungkan daripada beli sebuah kereta baru. Alhamdulillah, dengan gaji sederhana saya dapat membeli sebuah rumah cluster dua tingkat, corner, berpagar dan jaga, dan juga mempunyai kolam renang serta gym. Ini merupakan hasil pelaburan. Saya berpindah di sini pada 2 Julai 2016 ketika berusia 45 tahun.

Ketiga:

Sedikit demi sedikit,

Lama-lama jadi bukit


Sekiranya saya belum mempunyai keupayaan untuk melabur di dalam sebuah hartanah yang baru, saya tetap melakukan sesuatu pelaburan kecil seperti simpanan ASB. Simpanan bulanan yang dibuat kelihatan sedikit setiap bulan, tetapi selepas beberapa tahun, simpanan tersebut amat membantu pelaburan hartanah saya.

No comments:

Post a Comment