Monday, August 1, 2022

Latihan Catur untuk Pelajar Sekolah Menengah

Minggu ini saya sangat sibuk menanda kertas peperiksaan akhir. Semester ini lebih sibuk dari biasa kerana saya mengajar dua kelas dan dua seksyen setiap kelas. Selepas penat memeriksa kerja-kerja penulisan pelajar projek tahun akhir dan sarjana pada minggu sebelumnya, saya berehat seketika dengan mengajar catur di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Skudai.


Para pelajar akan bertanding di peringkat Daerah pada 27 dan 28 Julai 2022. Pengajaran saya bermula pada 21, 25 dan 26 Julai 2022.

Chess is not just a sport. It is a way of life!

Para pelajar yang hadir pada hari terakhir latihan.




Pada hari terakhir latihan, Yang Dipertua PIBG sekolah tersebut, En. Norzri bin Mohktar telah hadir.

Topik pembelajaran tahun ini adalah bagaimana menganalisa permainan terdahulu atau sendiri melalui teknik Retrograde movement. Oleh itu, sangat penting mempelajari teknik membuat catatan catur. Di bawah adalah contoh permainan terakhir:
 


Apakah yang harus dilakukan oleh putih untuk menang? 

Raja hitam sudah terperangkap di tengah-tengah dan ditindih oleh putih melalui askar di f4. Bagaimanakah putih boleh menyerang sedangkan putih sendiri sedang diserang oleh Permaisuri hitam di d4. 

Melalui perkiraan buah-buah yang telah dibangunkan, putih berjumlah 3 (Bishop) + 8 (Permaisuri) + 5 (Rook) + 3 (castling) = 19 dan hitam hanya 8 (Permaisuri). Hitam jauh ketinggalan.

Bagaimanakah putih boleh menyerang dengan pantas?

Permainan lengkap di bawah: 

King's Gambit Accepted

Putih: Pettersson Lwn Hitam: Nielsen

1. e4 e5 2. f4 exf4 3. Nf3 g5 4. Bc4 g4 5. O-O gxf3 6. Qxf3Qf6 7. e5 Qxe5 8. Bxf7+ Kxf7 9. d4 Qxd4+ 10. Be3 Qf6 11. Bxf4Ke8 12. Nc3 Ne7 13. Ne4 Qf5 14. Bxc7 1-0
Black resign



No comments:

Post a Comment