Monday, October 20, 2014

Membeli Rumah Untuk Pelaburan Hartanah Mampu

Berikut adalah perbezaan dua pengalaman pembelian yang selalu akan dialami oleh para pembeli: Amalan biasa di sebelah kiri dan mereka yang bijak akan mempelajari proses di sebelah kanan sebelum mereka membeli.

Sebelah kiri:
1. Majoriti masyarakat mengatakan pembeli memerlukan wang yang banyak untuk membeli rumah. Mereka berkerja keras untuk mengumpul modal membeli rumah.

2. Mereka tercari-cari kediaman idaman mereka. Selagi rumah idaman tidak dijumpai, mereka tidak akan membeli. Lebih lama mereka menunggu, lagi tinggi harga rumah akan naik. Mereka mengharapkan harga rumah akan jatuh. Harga rumah akan jatuh jika ekonomi negara jatuh mendadak seperti krisis ekonomi 1998 dan 1985. Tetapi mereka lupa, pada masa tersebut mereka juga tidak mampu membeli rumah samada kurang pendapatan (tiada kerja lebih masa) atau bank kekurangan modal untuk memberi pinjaman.

3. Selepas menjumpai rumah idaman, mereka akan memohon pinjaman. Mereka akan terkejut apabila mendapati pinjaman mereka tidak diluluskan. Mereka boleh:
a) mencari rumah lain yang memenuhi impian mereka
b) mengumpul lagi wang
c) mempelajari teknik pinjaman bank yang betul yang tidak boleh dipelajari daripada pegawai bank (rajah kanan)


4. Selepas pinjaman mereka lulus, sesetengah peminjam akan menghadapi masalah rumah impian mereka tidak siap dibina. Mereka akan patah semangat atau bermula kembali pada kitaran pertama iaitu mengumpul modal pembelian.

5. Jika rumah dibeli berjaya disiapkan,
    a) pekerjaan bertambah baik, tiada masalah untuk membayar rumah
    b) jika tiada perancangan kewangan, bermulalah mimpi ngeri mereka jika mereka gagal membayar pinjaman tersebut.
    c) atau mereka boleh mendapatkan nasihat pakar dan mereka yang berpengalaman untuk persediaan pembayaran balik di dalaam jadual di sebelah kanan.

Sebelah Kanan:
1. Pemilihan rumah yang Strategik
untuk tujuan Perbezaan Membeli untuk didiami dengan membeli untuk melabur:

2. Pulangan Pelaburan
    Kita merancang, Allah jua yang menentukan kita berjaya atau tidak. Tetapi ramai akan mudah gagal kerana mereka tidak langsung merancang. Ramai menyangka mereka telah merancang tetapi rupa-rupanya ianya lebih kepada angan-angan kerana mereka tidak tahu apa maksud merancang.
   50% kejayaan sudah di dalam tangan apabila kita mempunyai perancangan yang sempurna.

3. Melaksanakan pulangan
    Bagi mereka yang kurang pengalaman, merancang kelihatan mudah tetapi mereka tidak melihat perancangan yang dilakukan dari sudut pelaksanaan dan menyebabkan perancangan mereka gagal dilaksanakan dengan baik. Oleh itu, amat perlu kita belajar daripada mereka yang telah berjaya dan mempunyai pengalaman di dalam perancangan tersebut.

Mengembangkan Pelaburan
Bagi mereka yang telah mula melabur atau membeli rumah, amat penting mereka belajar untuk mengembangkan pelaburan tersebut agar mereka boleh lari daripada masalah inflasi. Merangkak dan berdiri bersama-sama pelabur hartanah merupakan suatu kejayaan tetapi ia masih belum mencukupi. Bagi mereka yang hanya memiliki hanya satu atau dua pelaburan, inflasi hidup keluarga yang semakin bertambah akan cepat mengatasi nilai pelaburan tersebut.

Oleh itu, amat penting mereka mempelajari perkembangan pelaburan dari masa ke masa.

No comments:

Post a Comment