Wednesday, February 5, 2014

Petua Membina Kekayaan Di dalam Hartanah

Artikel ini ditulis untuk menjawab persoalan yang diberikan kepada saya. Saya cuba menulis sependek dan sepadat mungkin. Soalan lanjut boleh diberikan di bahagian komen atau bersemuka dengan saya di dalam program mentor saya.

Kalau kita tengok pada laman sosial seperti blog, facebook, twitter dan sebagainya, ramai mengeluh kerana hidup tak juga senang walaupun mempunyai kelulusan tinggi. Tetapi pernah tak kita terfikir, kenapa kenalan kita atau orang lain yang mempunyai pendidikan yang lebih rendah boleh berjaya hidup senang dan mewah. Jika dibandingkan antara kita dan mereka yang berjaya, sesetengah kita mempunyai keupayaan yang lebih tinggi. Jadi di mana silapnya.

Cuba kita tengok pula ahli sukan negara kita. Bermacam insentif, kemudahan dan peluang diberikan. Gaji mereka juga sekarang semakin tinggi. Hidup mereka juga lebih terjamin. Tetapi saya lihat ahli sukan zaman terdahulu pada tahun 60an atau 70an lebih berjaya dan tinggi pencapaiannya. Di mana silapnya. Dari segi pengetahuan dan skil adalah hampir sama. Setiap ahli sukan ada kelebihan dan kekurangannya. Tetapi di peringkat antarabangsa, perbezaan paling ketara adalah masalah saikologi. Begitu juga di dalam usaha kita membina kekayaan. Masalah paling utama yang tidak di pandang berat adalah membentuk cara pemikiran yang berdaya maju! Ramai orang terikut-ikut cara orang lain tanpa memahaminya.

Jika anda ingin maju kehadapan, rawati dahulu cara pemikiran anda. Pemikiran yang saya maksudkan bukan pemikiran logik. Pemikiran logik lebih kepada pemahaman taktik atau cara kita bekerja. Tetapi ramai dari kita yang terlupa peringkat pemikiran yang lebih tinggi perlu dibentuk iaitu pemikiran strategik. Jika anda berjaya memahaminya, anda harus pula membentuk pemikiran falsafah berdaya maju. Ketiga-tiga pembentukan pemikiran ini kadang-kala datang dalam bentuk serangkai. Kemajuannya akan terbantut jika salah satu daripadanya belum cukup matang untuk pergi ke peringkat yang lebih tinggi. Dan akhir sekali pemikiran untuk pembentukan rohani atau ketuhanan akan menentukan samada kekayaan yang anda miliki akan menjadi suatu pembaziran, ketamakan atau faedah masyarakat bersama.

Berikut adalah beberapa contoh pemikiran yang perlu dididik, dibentuk dan dikembangkan:

1. Merawat cara menganalisa diri
    - pemikiran yang sama tidak akan boleh menjana hasil yang berlainan kecuali pengaruh luaran yang amat kuat. Ini bermakna anda terdedah kepada masalah luaran seperti kenaikan kos hidup. Perubahan atau hijrah perlu dilakukan supaya pemikiran baru akan dapat menghasilkan  tindakan baru dan menjana hasil yang lebih baik daripada pemikiran lama.
    - Nabi Muhammad s.a.w merubah cara para sahabat berfikir sebelum membentuk para sahabat melakukan perkara-perkara baharu di dalam masyarakat Islam.
    - harus mempunyai matlamat jangka panjang dan bukan hendak jadi kaya atau hidup senang dengan serta merta
    - membina keyakinan diri bahawa diri boleh bertambah maju cuma belum menjumpai cara yang sesuai, oleh itu harus rajin menimba ilmu melalui pelbagai cara seperti seminar, membaca, mempunyai mentor yang serasi, rajin bertanya dengan mereka yang telah berjaya
   - wang memang perlu di dalam pelaburan tetapi ia jatuh ke turutan ke 5. Keyakinan dan  kesungguhan merupakan langkah awal yang sangat penting,
   - perlu mencari kunci terpenting di dalam pelaburan anda

2. Merawat cara perbelanjaan
    - sentiasa menabung sebahagian pendapatan untuk meninjau peluang pelaburan akan datang - sila baca surah al-baqarah
   - membendung pembaziran lebih penting daripada menambah pendapatan
   - pendapatan yang bertambah akan lebih berganda jika bijak merancang pelaburan
   - ramai orang merancang bagaimana hendak berbelanja. Kita harus cuba merubah pemikiran supaya merancang pelaburan dahulu sebelum merancang lain-lain perbelanjaan.

3. Mempelajari teknik pelaburan hartanah
    a) teknik tanpa modal
    b) teknik keuntungan melalui sewa
    c) teknik keuntungan melalui penjualan
    d) teknik memilih hartanah berdaya maju

4. Mempelajari strategi pelaburan hartanah

5. Mempelajari falsafah pelaburan hartanah

Dan macam-macam lagi. Kebanyakan orang akan terhenti pemerhatian mereka kepada cara-cara orang yang berjaya bekerja dan berusaha. Tetapi kita mesti menganalisa cara mereka berfikir terutama mereka yang lebih berjaya dari kita.  Artikel yang seterusnya saya akan cuba sentuh mengapa penting membentuk pemikiran rajin bersedekah.


No comments:

Post a Comment